Hadis Sahih Muslim No. 0809 Jilid 2 Topik adalah Solat 809. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila hari Jumaat telah tiba, para malaikat berdiri di setiap pintu masjid, mencatat orang yang pertama-tama datang dan seterusnya. Apabila imam telah datang (naik mimbar), mereka tutup buku mereka dan sesudah itu mereka pergi mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yang datang pertama-tama, ialah seperti orang yang bersedekah unta. Kemudian, orang yang datang sesudah itu seperti orang yang bersedekah lembu. Kemudian seperti orang yang bersedekah kibisy (kambing). Kemudian seperti orang yang bersedekah ayam, dan kemudian seperti orang yang bersedekah telur." |