Hadis Sahih Bukhari No. 0807 Jilid 2 Topik adalah Haji 807. Dari Anas r.a, katanya: "Nabi saw. pernah solat Zohor bersama-sama dengan kami di Madinah empat rakaat dan solat Asar di Dzulhulaifah dua rakaat , (qasar) dan kami bermalam di situ sampai pagi. Kemudian Nabi saw. menunggang kenderaannya sampai di Baida'. Sementara itu beliau sentiasa tahmid, tasbih dan takbir. Sesudah itu beliau ihram untuk haji dan umrah, dan orang banyak pun ihram pula untuk keduanya. Setibanya kami di Mekah, beliau memerintahkan kami supaya berhalal. Lantas mereka melakukan halal. Setelah hari Tarwiyah tiba, mereka ihram untuk haji. Kata Anas, "Nabi saw. menyembelih beberapa ekor korban (beberapa ekor unta) dengan tangannya sendiri sedang berdiri. Ketika Rasulullah saw. berada di Madinah. beliau pernah menyembelih dua ekor kibas yang gemuk." |