Hadis Sahih Muslim No. 0805 Jilid 2 Topik adalah Solat 805. Dari Abu Burdah bin Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya: "Abdullah bin 'Umar pernah bertanya kepada ku: Pernahkah anda mendengar bapa anda menyampaikan hadis Rasulullah saw. tentang suatu saat (yang makbul) di hari Jumaat?" Jawab ku, "Ya, aku pernah dengar beliau mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Saat itu ialah di antara imam duduk hingga selesai solat (Jum'at)." |