Hadis Sahih Bukhari No. 0804 Jilid 2 Topik adalah Haji 804. Dari Abdullah bin Abbas r.a., katanya: Setibanya Nabi dan para sahabat dari Madinah. setelah bersisir dan memakai minyak, lalu beliau dan para sahabatnya memakai sarung dan cadar. Beliau tidak melarang memakai cadar dan sarung apa saja, selain harum-haruman yang baunya melekat ke kulit. Pagi-pagi di Dzulhulaifah, beliau menunggang kenderaan beliau. Ketika tiba di Baida', beliau saw. dan para sahabat melakukan ihram dan beliau memberi dukuh seekor untanya. Peristiwa itu terjadi pada tanggal 25 Dzul Qaidah. Ketika Nabi tiba di Mekah tanggal 4 Dzul Hijjah, beliau terus tawaf keliling Kaabah dan saei antara Safa dan Marwah. Beliau belum halal kerana beliau telah menyiapkan unta yang diberi dukuh. Di Mekah beliau tinggal di Hajun, dan beliau masih ihram haji. Setelah tawaf qudum (tawaf selamat datang), beliau tidak mendekati Kaabah sampai kembali dari 'Arafah. Kemudian diperintahkannya kepada para sahabat supaya tawaf dan saai antara Safa dan Marwah, setelah itu mencukur rambut kepala sesudah itu baru halal. Yang demikian itu adalah buat orang yang tidak menyediakan unta yang diberi dukuh. Bagi siapa yang beserta isteri, maka ketika itu telah halal baginya (melakukan hubungan suami isteri), boleh memakai harum-haruman dan pakaian yang berjahit." |