Hadis Sahih Bukhari No. 0803 Jilid 2 Topik adalah Haji 803. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Bahwasanya Usamah pernah menjadi pengiring Rasulullah saw. semenjak dari 'Arafah sampai ke Muzdalifah. Kemudian digantikan oleh Fadhal dari Muzdalifah sampai ke Mina. Kata Ibnu Abbas, keduanya mengatakan bahawa Nabi saw. sentiasa membaca talbiyah sehingga beliau melontar Jamratul 'Aqabah. |