Hadis Sahih Muslim No. 0794 Jilid 2 Topik adalah Solat 794. Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Aku pernah ikut beserta Rasulullah saw. solat takut. Kami berbaris dua baris di belakang Rasulullah saw., sedangkan musuh berada antara kami dengan kiblat (di hadapan). Mula-mula Nabi saw. takbir, lalu kami semua takbir pula. Kemudian beliau rukuk, lalu kami rukuk pula semuanya. Sesudah itu beliau i'tidal (bangkit) dari rukuk, maka kami bangkit pula semuanya. Sesudah itu beliau turun untuk sujud bersama-sama dengan saf pertama, sedangkan saf kedua tetap berdiri untuk berjaga-jaga Ketika Nabi saw. bersama saf pertama telah selesai sujud dan telah berdiri, barulah saf kedua turun untuk sujud, dan mereka terus bangun kembali. Sesudah itu saf kedua maju ke depan, sedangkan shaf pertama mundur (tukar tempat). Kemudian Nabi saw. rukuk dan kami rukuk pula semuanya. Kemudian beliau bangkit dari rukuk, lalu kami bangkit pula semuanya. Kemudian beliau turun untuk sujud, diikuti oleh saf yang di belakang beliau. Sedangkan saf yang sesudah itu (tadinya saf pertama) tetap berdiri untuk berjaga-jaga terhadap musuh. Ketika Nabi saw. dan saf yang dibelakangnya telah selesai sujud, barulah saf yang kedua turun untuk sujud. Kemudian Nabi saw. memberi salam, dan kami memberi salam pula semuanya." |