Hadis Sahih Muslim No. 0793 Jilid 2 Topik adalah Solat 793. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengimami solat takut beberapa bulan. Mula-mula beliau solat satu rakaat dengan satu pasukan, sedangkan pasukan yang lain berjaga-jaga menghadapi musuh. Setelah satu rakaat, rombongan pertama berjaga-jaga, dan rombongan kedua solat mengikuti Rasulullah saw. satu rakaat. Sesudah itu masing-masing rombongan mencukupkan solat mereka satu rakaat lagi. Kata Ibnu 'Umar, "Apabila perang telah berkecamuk, maka beliau solat di atas kenderaan atau sambil berdiri. Sedangkan rukuk, sujud dan sebagainya dilakukan dengan isyarat (kepala atau mata)." |