Hadis Sahih Muslim No. 0792 Jilid 2 Topik adalah Solat 792. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. pernah mengimami kami solat takut. Mula-mula satu rombongan (pasukan) mengikut beliau solat satu rakaat, sedang rombongan yang lain berjaga-jaga menghadapi musuh. Setelah selesai satu rakaat, rombongan pertama pergi berjaga-jaga menggantikan rombongan kedua, sedang rombongan kedua solat bersama Rasulullah saw: Kemudian, setelah Rasulullah saw. selesai solat, masing-masing rombongan menyempurnakan solat mereka satu rakaat lagi." |