Hadis Sahih Muslim No. 0784 Jilid 2 Topik adalah Solat 784. Dari 'Abdurrahman bin 'Abdul Qari r.a., katanya dia mendengar 'Umar bin Khaththab berkata: "Aku mendengar Hisyam bin Hakim bin Hizam membaca surat Al Furqan, tidak seperti bacaan (qiraat) Nabi saw. yang pernah dibacakan beliau kepada ku. Kerana itu hampir saja aku bertindak kasar terhadapnya. Tetapi kemudian ku biarkan saja dia sehingga pergi. Namun ku pegang bajunya, lalu ku bawa dia ke hadapan Rasulullah saw. Ujarku, "Ya, Rasulullah! Aku mendengar orang ini membaca surat Al Furqan, tidak seperti yang anda bacakan kepada ku. Bagaimana ini?" Jawab Rasulullah saw., "Lepaskanlah dia, suruh dia membacanya kembali." Lalu Hisyam membacakan kembali bacaan seperti yang dibacanya tadi. Setelah itu Nabi saw. bersabda: "Ya, memang begitulah ayat itu diturunkan." Kemudian Nabi saw. menyuruh ku pula yang membaca. Lalu ku baca seperti yang biasa ku baca. Maka sabda Nabi saw., "Ya, ayat itu memang diturunkan pula seperti itu. Sesungguhnya Quran itu diturunkan dengan tujuh macam qiraat (bacaan). Kerana itu bacalah dengan bacaan yang mudah bagi mu membacanya." |