Hadis Sahih Bukhari No. 0774 Jilid 2 Topik adalah Zakat 774. Dari 'Aisyah r.a., : "Sesungguhnya dia bermaksud hendak membeli (seorang hamba sahaya bernama) Barirah untuk dimerdekakannya. Si penjual membuat syarat bahawa perwalian (al wala' = hubungan kekeluargaan) tetap berada di tangannya. 'Aisyah menceritakan hal itu kepada Nabi saw. Sabda Nabi, "Belilah hamba sahaya itu. Sesungguhnya perwalian berada di tangan orang yang memerdekakan." Kata 'Aisyah, "Tidak lama kemudian, Nabi saw. dihantari orang daging. Ku katakan kepada beliau, daging ini disedekahkan orang untuk Barirah." Sabda beliau, "Kalau untuk Barirah bererti sedekah, dan kalau untuk kita bererti hadiah." |