Hadis Sahih Bukhari No. 0772 Jilid 2 Topik adalah Zakat 772. Dari Aslam r.a., katanya dia mendengar Umar r.a. berkata: "Saya menyerahkan seekor kuda untuk Sabilillah, tetapi disia-siakan oleh yang menerimanya. Kerana itu saya bermaksud hendak membelinya kembali dan saya kira dia mahu menjual dengan harga yang murah. Maka saya bertanya lebih dahulu kepada Nabi tentang maksud saya itu. Jawab beliau, "Jangan dibeli dan jangan pula engkau ambil kembali apa yang telah engkau sedekahkan, sekalipun ia suka memberikan kepada engkau dengan harga satu dirham. Sesungguhnya orang yang mengambil kembali apa yang telah disedekahkannya (diberikan), samalah halnya dengan orang yang memakan muntahnya." |