Hadis Sahih Bukhari No. 0771 Jilid 2 Topik adalah Zakat 771. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "bahawasanya Umar bin Khathab telah bersedekah kuda fi Sabilillah. Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang, dan dia bermaksud hendak membelinya. Tetapi dia pergi lebih dahulu kepada Nabi saw. meminta nasihat beliau. Nabi bersabda kepadanya, "Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu." |