Hadis Sahih Bukhari No. 0768 Jilid 2 Topik adalah Zakat 768. Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: "Pada suatu ketika waktu musim memunggut kurma, dibawa orang kurma kepada Rasulullah saw., iaitu si Anu dan si Fulan dan lain-lain, sehingga bertumpuklah kurma di dekat beliau. Hasan dan Husain bermain-main dengan kurma itu, lalu diambilnya satu dan dimasukkannya ke mulutnya. Rasulullah saw. melihat apa yang diperbuat anak-anak itu, maka dikeluarkannya kurma itu dari mulutnya sambil bersabda, " Engkau tidak tahu bahawa keluarga Muhammad saw. tidak dibolehkan memakan sedekah." |