Hadis Sahih Bukhari No. 0760 Jilid 2 Topik adalah Zakat 760, Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya dia pernah meminta kepada Rasulullah saw. lalu diberi oleh beliau, kemudian dia meminta lagi lalu diberi juga oleh Rasulullah, kemudian dia meminta lagi, beliau memberi juga sambil bersabda: "Wahai, Hakim! Harta ini hijau, sedap dipandang mata, lagi manis. Siapa yang mengambil dengan hati pemurah, Allah akan memberinya berkat, dan siapa yang mengambilnya dengan hati loba dan tamak, tidak akan diperoleh berkat (harta itu), seperti orang yang makan tidak pernah merasa kenyang. Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah." Kata Hakim, "Ya, Rasulullah! Demi Allah yang mengutus Tuan dengan yang hak, saya tidak akan mengurangi sedikit pun hak seseorang sesudah berpisah dengan Tuan sampai saya meninggal dunia. Pada suatu ketika Abu Bakar memanggil Hakim untuk menerima suatu pemberian, tetapi ia tidak mahu menerimanya. Kemudian Umar juga memanggilnya untuk menerima suatu, tetapi ia enggan menerimanya. Kata Umar, "Wahai, kaum Muslimin! Saksikanlah Hakim! Aku telah memberikan haknya kepadanya dari harta rampasan ini, tetapi ia enggan menerimanya." Begitulah sepeninggalan Rasulullah saw., Hakim tidak pernah mengurangkan hak seseorang atasnya sampai ia meninggal dunia(1) (1) maksudnya tidak pernah meminta-minta kepada seorang juapun. |