Hadis Sahih Bukhari No. 0757 Jilid 2 Topik adalah Zakat 757, Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah saw. memerintahkan kepada orang banyak supaya bersedekah. Lantas dikatakan orang kepada beliau, Ibnu Jamil, Khalid bin Walid dan Abbas Ibnu Abdul Mutthalib tidak mahu bersedekah." Sabda Nabi saw., "Apakah yang menghalangi Ibnu Jamil untuk mengeluarkan zakat, padahal ia dahulu seorang miskin dan sekarang sudah dikayakan oleh Allah dan Rasul-Nya. Adapun Khalid, sesungguhnya kamu menganiayanya, kerana dia sedang mengumpulkan baju besi dan segala alat perlengkapan perang yang disediakannya untuk Sabilillah. Dan Abbas bin Abdul Muthalib, walaupun dia pakcik Rasulullah saw., namun zakat itu wajib baginya dan dia harus membayar dua kali lipat." |