Hadis Sahih Muslim No. 0756 Jilid 2 Topik adalah Solat 756. Dari Anas r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. masuk masjid lalu dilihatnya ada sebuah tali terbentang antara dua buah tiang, maka beliau bertanya: "Tali apa ini?" Jawab para sahabat, "Tali yang dibentangkan Zainab untuk dia solat. " Bila dia malas atau letih berpegang di tali itu." Sabda Nabi saw., "Bukalah tali itu. Solatlah sesuai dengan kemampuanmu masing-masing; apabila kamu malas atau letih, maka kamu boleh ibadat sambil duduk." |