Hadis Sahih Muslim No. 0754 Jilid 2 Topik adalah Solat 754. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mempunyai sehelai tikar yang dibentangkannya malam hari; sehingga merupakan tabir sebuah kamar tempat beliau solat. Lalu orang banyak solat pula mengikuti beliau. Pada suatu malam mereka berkumpul pula. Maka bersabda Rasulullah saw. kepada mereka, "Hai, orang banyak! Kerjakanlah amal ibadat itu sekadar kemampuan mu, (agar kamu dapat melakukannya secara tetap, sesungguhnya Allah tidak pernah bosan memberi pahala, sehingga akhirnya kamulah yang bosan mengerjakan ibadah mu. Dan sesungguhnya amal ibadat yang disukai Allah, ialah yang dikerjakan secara tetap (wirid, rutin), walaupun sedikit. Dan keluarga Muhammad saw., bila mereka beramal mereka lakukan secara tetap." |