Hadis Sahih Muslim No. 0753 Jilid 2 Topik adalah Solat 753. Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Rasulullah saw. memasang khemah dari tikar pada sebuah tempat di masjid, sehingga merupakan sebuah kamar tempat beliau solat (malam). Melihat hal itu, beberapa orang sahabat mendatangi tempat itu dan mereka solat pula mengikuti Nabi saw. solat. Pada suatu malam mereka datang pula, tetapi Rasulullah saw. terlambat, sehingga beliau tidak keluar sama sekali menemui mereka. Oleh kerana itu mereka mengeraskan suara, dan melontar pintu dengan kerikil untuk memberitahu Nabi saw., kerana mereka menyangka kalau-kalau beliau lupa. Kerana itu Rasulullah saw. keluar (menemui mereka sambil berkata dengan marahnya: Janganlah sentiasa kamu berbuat demikian, kerana aku mengira bahawa (solat malam) itu akan diwajibkan kepada mu. Sebab itu solatlah di rumah mu masing-masing, kerana sebaik-baik solat ialah di rumah masing-masing kecuali solat wajib." |