Hadis Sahih Bukhari No. 0751 Jilid 2 Topik adalah Zakat 751, Dari Abu Dzar r.a., katanya ketika dia bertemu kembali dengan Nabi saw., beliau bersabda: "Demi Allah yang diri ku berada dalam genggaman-Nya, (atau barangkali beliau berkata: Demi Allah, yang tidak ada Tuhan selain Dia), siapa yang mempunyai unta, atau lembu, atau kambing dan biri-biri, dan tidak mahu membayar zakatnya, maka haiwan-haiwan itu akan didatangkan kepadanya pada hari kiamat nanti dalam keadaan besar dan gemuk, memijak-mijak orang itu dengan kakinya dan menanduknya dengan tanduknya; setelah semua haiwan itu selesai memijak dan menanduk, lalu kembali lagi giliran yang pertama sampai habis. Begitulah seksaan itu berlaku terus hingga datang pengadilan di antara seluruh manusia." |