Hadis Sahih Bukhari No. 0748 Jilid 2 Topik adalah Zakat 748, Dari Anas r.a., katanya Ahu Sakar menulis surat kepadanya perihal sedekah wajib (zakat) yang diperintahkan Allah kepada Rasul-Nya saw.: "Siapa yang wajib zakat seekor Jazah, sedangkan dia tidak mempunyainya tetapi hanya Hiqqah, Hiqqah itu boleh diterima daripadanya ditambah dengan dua ekor biri-biri jika itu mudah baginya, atau boleh juga ditambah dengan dua puluh dirham. Siapa yang wajib zakat seekor Hiqqah, yang ada padanya hanya Jazah, Jazah itu boleh diterima daripadanya, tetapi harus dikembalikan kepadanya oleh si penerima dua puluh dirham atau dua ekor biri-biri. Dan siapa yang wajib zakat seekor Hiqqah, tetapi yang ada padanya hanya Bintu Labun, bintu labun itu dapat diterima daripadanya tetapi harus ditambahnya dengan dua ekor biri-biri atau dua puluh dirham." Siapa yang wajib zakat bintu Labun, tetapi ia hanya mempunyai hiqqah, hiqqah itu boleh diterima daripadanya dan si penerima harus mengembalikan dua puluh dirham atau dua ekor biri-biri. Siapa yang wajib zakat bintu labun, yang ada hanya bintu makhadh, bintu makhadh itu boleh diterima daripadanya tetapi harus ditambahnya dengan dua puluh dirham atau dua ekor biri-biri. |