Hadis Sahih Muslim No. 0744 Jilid 2 Topik adalah Solat 744. Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Pada suatu malam, aku solat mengikuti Nabi saw. Lalu beliau membaca surat Al Baqarah. Aku mengira beliau akan rukuk setelah bacaan sampai seratus ayat, tetapi ternyata beliau terus saja. Setelah itu ku kira beliau akan mencukupkan surat Al Baqarah itu saja untuk satu rakaat, ternyata beliau meneruskannya dengan surat An Nisa', sesudah itu menyambungnya pula dengan surat Ali 'Imran. Bila beliau membaca ayat tasbih, beliau tasbih, dan bila beliau membaca ayat yang memerintahkan supaya bermohon, beliau bermohon, dan apabila beliau membaca ayat ta'awwudz (ayat yang memerintahkan supaya berlindung dari bencana), beliau memohon perlindungan. Kemudian beliau rukuk. Dalam rukuk beliau membaca: "Subhana rabbiyal 'azhim." (Maha Suci Tuhan ku yang Maha Agung). Dan lama beliau rukuk, hampir sama lamanya dengan berdirinya. Kemudian beliau membaca: 'Sami'allahu liman hamidah." (Maha mendengar Allah akan orang yang memuji-Nya). Kemudian beliau berdiri dan lamanya berdiri lebih kurang sama dengan lamanya rukuk. Sesudah itu beliau sujud, dan dalam sujud beliau membaca: "Subhana robbal a'la." (Maha Suci Tuhan ku Yang Maha Tinggi). Lama beliau sujud hampir sama dengan lamanya berdiri." |