Hadis Sahih Bukhari No. 0744 Jilid 2 Topik adalah Zakat 744, Dari Anas r.a., katanya: "Abu Bakar menulis surat kepada ku menerangkan perintah Allah kepada RasulNya saw. berhubung dengan seorang wajib zakat yang harus membayar satu ekor Bintu Makhadh (unta betina untuk satu tahun), sedangkan dia tidak mempunyai bintu makhadh, hanya Bintu Labun (unta betina umur dua tahun), maka itu boleh diterima sebagai zakatnya, tetapi si penerima zakat harus mengembalikan 20 dirham, atau dua ekor domba; dan jika si pembayar zakat tidak mempunyai bintu makhadh, tetapi mempunyai bintu labun (jantan), itu dapat diterima sebagai zakat tanpa suatu apa-apa." |