Hadis Sahih Muslim No. 0738 Jilid 2 Topik adalah Solat 738. Dari Kuraib, Maula Ibnu 'Abbas r.a., katanya Ibnu 'Abbu bercerita kepadanya: "Pada suatu malam dia tidur di rumah bibinya, Maimunah, Ummul Mukminin. Dia tidur melintang kasur, sedangkan Rasulullah saw. dan isterinya memanjang kasur. Beliau tidur hingga lebih kurang sampai pertengahan malam. Setelah itu beliau bangun sambil menyapu habuk dari mukanya. Kemudian beliau baca sepuluh ayat penghabisan Surat Al-Imran (ayat: 190 - 200). Sesudah itu beliau pergi ke tempat air, lalu beliau berwuduk dengan membaguskan wuduknya, dan sesudah itu beliau solat. Kata Ibnu 'Abbas, "Aku pun bangun dan ku lakukan pula pekerjaan seperti yang dilakukan Nabi saw. Kemudian aku berdiri di samping kiri beliau. Tetapi beliau memindahkan ku ke sebelah kanannya. Mula-mula beliau solat dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, kemudian dua rakaat, dan kemudian witir (satu rakaat). Sesudah itu beliau berbaring hingga terdengar muadzin melantangkan suaranya untuk azan Subuh. Rasulullah saw. bangun, lalu solat ringkas dua rakaat, sesudah itu beliau pergi ke masjid solat Subuh." |