Hadis Sahih Muslim No. 0737 Jilid 2 Topik adalah Solat 737. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu malam aku bermalam di rumah bibi ku Maimunah, isteri Nabi saw. Tengah malam Nabi saw. bangun, lalu dia pergi buang hajat, kemudian mencuci tangan dan muka, sesudah itu beliau tidur. Kemudian beliau bangun pula pergi ke qirbah (tempat air), lalu dibukanya tutupnya. Beliau berwuduk dengan sempurna, tanpa memakai banyak air tetapi mencukupi. Sesudah itu beliau solat. Lalu aku bangun terus tegak, kerana aku tidak ingin beliau tahu bahawa aku memperhatikannya. Kemudian aku mengambil wuduk dan setelah itu berdiri di sebelah kiri beliau mengikuti beliau solat. Beliau mengambil tangan ku, dan memindahkan ku ke sebelah kanannya. Malam itu Rasulullah saw. solat tiga belas rakaat. Kemudian beliau berbaring, lalu tertidur sampai beliau mendengkur. Kemudian kedengaran Bilal melantangkan azan solat Subuh. Beliau bangun dan pergi solat Subuh tanpa mengulang wuduk lebih dahulu. Di dalam doanya beliau membaca : "Allhummaj'al fi qalbi nuran, wafi bashari nuran, wafi sam'i nuran, wa 'Qn yamini nuran, wa 'an yasari nuran, wafauqi nwrm, wa tahti nuran, wa amami nuran, kuzlli nuran, wa 'azhzhim li nuran." Wahai Allah Berilah cahaya dalam hati ku, dalam penglihatan ku, dalam pendengaran ku, di kanan dan kiri ku, di atas dan di bawah ku, di hadapan dan di belakang ku, dan bermalam cahaya itu bagi ku. |