Hadis Sahih Muslim No. 0735 Jilid 2 Topik adalah Solat 735. Dari 'Urwah bin Zubair, katanya 'Aisyah bercerita kepadanya: "Rasulullah saw. pernah keluar tengah malam lalu beliau solat di masjid. Mula-mula beliau diikuti oleh beberapa orang sahabat. Tetapi mereka khabar-mengabarkan bahawa Rasulullah saw. solat di masjid. Sehinga mengikuti beliau akhirnya jadi tambah banyak. Malam kedua beliau keluar pula, dan para sahabat bertambah banyak yang mengikuti beliau solat. Pada malam ketiga masjid sudah penuh. Pada malam keempat masjid penuh sesak sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ada. Tetapi Nabi saw. keluar lagi kepada mereka. Kerana itu beberapa orang lelaki di antara mereka berkata: "Solat!" Namun Nabi saw. tidak juga keluar mendapatkan mereka hingga Subuh. Setelah selesai solat Subuh beliau menghadap kepada orang ramai, kemudian beliau tasyahud, lalu bersabda: "Aku tahu apa yang anda lakukan tadi malam. Tetapi aku takut kalau solat (Tarawih) itu menjadi wajib atas anda sekalian, sehingga anda tidak sanggup mengerjakannya." |