Hadis Sahih Bukhari No. 0735 Jilid 2 Topik adalah Zakat 735, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya ketika Rasullullah saw. sedang di atas mimbar, beliau menerangkan perihal sedekah. 'iffah dari perihal minta-minta. Sabda beliau, "Tangan yang di atas, lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas iaitu tangan yang memberi dan tangan yang di bawah iaitu tangan yang meminta." |