Hadis Sahih Bukhari No. 0732 Jilid 2 Topik adalah Zakat 732, Dari Maan bin Yazid r.a., katanya: "Saya, bapa dan nenek saya pernah melakukan baiah kepada Rasulullah saw.,dan beliau pernah meminangkan seorang wanita untuk saya, kemudian beliau pula yang mengahwinkan saya. Saya pun pernah mengajukan suatu perkara kepada beliau. (Pada suatu kali bapa saya) Yazid, menyediakan beberapa dinar untuk disedekahkannya, dan wang itu diletakkannya di dekat seorang laki-laki dalam masjid. Ketika saya datang, wang itu saya ambil dan saya bawa kepada bapa saya. Katanya, "Demi Allah! Bukan untuk engkau maksudku." Kemudian dimajukannya perkara itu kepada Rasulullah saw. Sabda beliau, "Wahai Yazid! Untuk engkau apa yang engkau niatkan! Wahai Maan! Untuk engkau apa yang engkau ambil." |