Hadis Sahih Bukhari No. 0730 Jilid 2 Topik adalah Zakat 730, Dari 'Aisyah r.a., katanya sebahagian isteri Nabi saw. bertanya kepada beliau: "Siapakah di antara kami yang lebih dahulu Tuan?" Jawab Nabi saw., "Siapa yang lebih panjang tangannya." Lantas mereka ambil sepotong ranting lalu mereka ukur tangan mereka. Ternyata Saudah yang lebih panjang. Barulah kemudian mereka ketahui, bahawa yang dimaksudkan Nabi tangan panjang, ialah tangan yang banyak memberikan sedekah. Itulah isteri beliau yang paling dahulu bertemu dengan beliau di akhirat nanti. Saudah sangat suka bersedekah." |