Hadis Sahih Bukhari No. 0728 Jilid 2 Topik adalah Zakat 728, Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Seorang wanita datang kepada ku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tidak ada yang didapatinya pada ku ketika itu selain hanya sebuah kurma, lalu ku berikan kepadanya. Kurma itu dibahaginya dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakan. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Nabi saw. datang, aku ceritakan hal itu kepada beliau. Sabda beliau saw., "Barangsiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya dari api neraka." |