Hadis Sahih Muslim No. 0725 Jilid 2 Topik adalah Solat 725. Dari Ibnu 'Umar r.a., seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. dalam masjid, katanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya witir (mengganjilkan) solat malam?" Jawab Rasulullah saw., siapa yang solat malam, maka hendaklah dikerjakannya dua-dua rakaat. Apabila dia merasa Subuh segera tiba, maka hendaklah dia solat satu rakaat untuk witir (mengganjilkan) jumlah rakaat yang telah dikerjakannya." |