Hadis Sahih Muslim No. 0722 Jilid 2 Topik adalah Solat 722. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang solat malam. Jawab Rasulullah saw., "Solat malam itu dua-dua rakaat. Apabila kamu takut Subuh segera datang, solatlah satu rakaat untuk witir (mengganjilkan) jumlah solat yang telah kamu kerjakan." |