Hadis Sahih Muslim No. 0721 Jilid 2 Topik adalah Solat 721. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah saw," mengerjakan suatu amal ibadat, biasanya beliau menetapinya. Pernah bila beliau tertidur atau sakit untuk solat malam, maka beliau ganti siang hari dua belas rakaat. Kata 'Aisyah, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. solat sepanjang malam hingga Subuh. Dan beliau tidak pernah puasa sebulan penuh secara berturut-turut, kecuali bulan Ramadhan." |