Hadis Sahih Bukhari No. 0719 Jilid 2 Topik adalah Zakat 719, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Pada hari kiamat, unta akan datang kepada pemiliknya dalam keadaan yang sebagus-bagusnya. Apabila dia tidak membayar zakatnya, akan dipijak-pijaknya orang itu dengan kuku kakinya. Begitu pula kambing yang tidak dibayarkan zakatnya, kambing itu akan datang kepada pemiliknya lalu memijak dan menanduk orang itu dengan tanduknya." Beliau bersabda menambahkan, "Diantara haknya ialah memerah susunya didekat air." Sabda beliau saw., "Aku tidak ingin, hari kiamat nanti seseorang memikul kambing yang sedang meraung. Katanya: Hai, Muhammad! Tolonglah aku!" Jawab ku, "Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dulu telah ku sampaikan?" Dan aku tidak ingin, seseorang kamu nanti datang kepada ku memikul unta meraung-raung, lantas berkata meminta tolong kepada ku. Jawab ku, "Aku tidak kuasa sedikit jua pun menolongmu. Bukankah dulu telah ku sampaikan?" |