Hadis Sahih Bukhari No. 0718 Jilid 2 Topik adalah Zakat 718, Dari Abu Hurairah r.a., katanya seorang Arabiy (Arab dusun) datang kepada Nabi saw., katanya; "Tunjukkanlah kepada ku suatu amal, yang apabila aku lakukan aku masuk syurga kerananya." Jawab Nabi saw., "Sembahlah Allah, jangan persekutukan Dia dengan sesuatu. Tegakkan solat wajib dan bayarlah zakat fardu. dan puasalah di bulan Ramadhan." Kata Arabiy itu, "Demi Allah yang diri ku di tanganNya, tidak akan ku tambah dari ini." Ketika orang itu telah pergi, Nabi saw. bersabda, "Siapa yang senang melihat seseorang dari penduduk syurga, lihatlah orang itu." |