Hadis Sahih Bukhari No. 0716 Jilid 2 Topik adalah Zakat 716, Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. mengirim Muadz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepadanya: "Ajaklah , mereka supaya mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya aku. Pesuruh Allah. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, terangkanlah kepada mereka bahawa Allah swt. mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Kalau mereka telah mentaatinya, ajarkanlah bahawa Allah swt. memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka, diambil dari orang yang kaya di antara mereka dan diberikan kepada orang - orang yang miskin. Jika itu telah dipatuhi mereka, jagalah supaya kamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan Allah tidak ada dinding." |