Hadis Sahih Muslim No. 0715 Jilid 2 Topik adalah Solat 715. Dari Abu Ishaq, katanya dia pernah bertanya kepada Aswad bin Yazid, tentang berita yang didengarnya dari 'Aisyah mengenai solat malam Rasulullah saw. Kata 'Aisyah, "Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya. Jika dia butuh kepada isterinya, maka dilaksanakannya hajatnya itu, sesudah itu dia tidur. Ketika azan pertama terdengar, beliau bangun, lalu bersiram. Demi Allah! Walaupun 'Aisyah tidak mengatakan beliau mamdi, tetapi aku tahu maksudnya. Jika beliau tidak junub, maka dikatakannya, beliau wuduk seperti wuduk solat kemudian beliau solat dua rakaat (iaitu sunat fajar)." |