Hadis Sahih Muslim No. 0713 Jilid 2 Topik adalah Solat 713. Dari Abu Salamah r.a., katanya dia bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat malam Rasulullah saw. Jawab 'Aisyah, "Beliau pernah solat tiga belas rakaat. Mula-mula beliau solat lapan rakaat, kemudian solat witir, kemudian solat lagi dua rakaat sambil duduk. Ketika beliau hendak rukuk beliau berdiri lebih dahulu, setelah itu baru beliau rukuk. Kemudian beliau solat pula dua rakaat (sunat fajar), iaitu antara 5 azan dan qamat solat Subuh." |