Hadis Sahih Muslim No. 0708 Jilid 2 Topik adalah Solat 708. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Dikhabarkan orang kepada ku bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Solat sambil duduk, pahalanya seperdua solat berdiri." Tidak berapa lama sesudah itu aku mendatangi beliau, dan ku dapati beliau sedang solat sambil duduk lalu ku letakkan tangan ku di kepala beliau. Beliau bertanya, "Apa maksudmu hai 'Abdullah bin 'Umar?" Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Ada orang mengkhabarkan kepada ku, bahawa anda pernah bersabda: Solat sambil duduk pahalanya, seperdua solat berdiri. Tetapi kenapa anda solat sambil duduk.". Jawab beliau, "Aku tidak seperti kalian." |