Hadis Sahih Bukhari No. 0706 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 706, Dari Umar (bin Khattab) r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seseorang muslim yang disaksikan oleh empat orang bahawa ia baik, maka orang itu dimasukkan Allah ke syurga." Kami bertanya, "Bagaimana kalau tiga orang?" Jawab Nabi, "Ya, tiga orang juga." Tanya kami lagi, "Kalau dua?" Jawab Nabi, "Ya, dua juga." Sesudah itu kami tidak menanyakan lagi tentang seorang." |