Hadis Sahih Muslim No. 0703 Jilid 2 Topik adalah Solat 703. Dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Uqaily r.a., katanya mereka bertanya kepada Aisyah r.a. tentang solat (sunat malam) Rasulullah saw. Jawab 'Aisyah r.a., "Kadang-kadang beliau solat berdiri dan kadang-kadang duduk. Apabila beliau memulai solat dengan berdiri maka beliau rukuk sambil berdiri pula. Dan apabila beliau memulai solat sambil duduk, maka beliau rukuk sambil duduk pula." |