Hadis Sahih Bukhari No. 0697 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 697, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Dijadikan Allah Mekah sebagai tanah haram (suci). Maka kerana itu tidak halal bagi seseorang sebelumku dan tidak pula sesudahku. Hanya dihalalkan untukku sesaat pada waktu siang. Tidak halal mencabut tumbuh-tumbuhannya, memotong pohon-pohonnya, memburu haiwan buruannya, dan mengambil barang orang yang kehilangan kecuali untuk pemberitahuan." Abbas bertanya, "Bagaimana dengan izkhir yang kami ambil untuk tukang logam dan untuk kuburan kami?" Jawab Nabi saw., "Kecuali izkhir." |