Hadis Sahih Bukhari No. 0695 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 695, Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi pernah menyatukan dua jenazah sahabat yang gugur dalam peperangan Uhud dalam sehelai kain kapan. Sesudah itu beliau bertanya, "Siapa di antara keduanya yang lebih banyak mempelajari Al Quran?" Ketika telah ditunjukkan orang salah satu di antara mereka, maka itulah yang diletakkan beliau di muka lahad. Beliau saw. bersabda, "Aku menjadi saksi bagi mereka di hari kiamat nanti." Dan beliau memerintahkan supaya menguburkan mereka dengan berlumuran darah, tanpa dimandikan dan tanpa disolatkan." |