Hadis Sahih Bukhari No. 0688 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 688, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. lalu dekat sebuah kubur yang baru semalam dikuburkan. Lalu beliau bertanya: Bila mayat ini dikuburkan?" Jawab mereka, "Semalam." Tanya Nabi saw., Mengapa tidak diberitahukan kepadaku?" Jawab mereka, "Kami kuburkan dia tengah malam, hari sangat gelap. Kerana itu kami tidak mahu membangunkan Tuan." Nabi saw. berdiri, dan kami berbaris di belakangnya untuk solat." Kata Ibnu Abbas, "Aku ketika itu berada di antara mereka, aku juga ikut solat. " |