Hadis Sahih Muslim No. 0685 Jilid 2 Topik adalah Solat 685. Dari 'Abdullah bin Harits bin Naufal r.a., katanya dia mencari-cari orang yang dapat mengajarkan kepadanya tentang solat Dhuha Rasulullah saw. Tetapi tiada yang ditemukannya selain Ummu Hani bin Abu Thalib. Katanya: "Dia mengkhabarkan kepada ku, bahawa Rasulullah saw. datang ke rumahnya setelah hari agak tinggi pada hari penaklukan Mekah, lalu dia minta sehelai kain untuk menutup tempatnya mandi. Setelah mandi, beliau solat lapan rakaat, yang aku tidak tahu manakah di antaranya yang lama, berdirinya, rukuknya, ataupun sujudnya, kerana semuanya hampir sama saja lamanya. Kata Ummu Hani', "Aku belum pernah melihat beliau mengerjakan solat seperti itu sebelum dan sesudahnya." |