Hadis Sahih Bukhari No. 0684 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 684, Dari Abdurrahman bin Abi Laila r.a., katanya: "Ketika Sahal bin Hunaif dan Qais bin Saad sedang duduk-duduk di Qadisiyah, tiba-tiba lalu di hadapan mereka suatu jenazah. Lalu keduanya berdiri. Setelah itu dikatakan orang kepada mereka, bahawa jenazah itu adalah jenazah zimmi (bukan orang Islam). Jawab keduanya, "Nabi saw. pernah pula lalu sebuah jenazah dihadapan beliau, lantas beliau berdiri. Sesudah itu dikatakan orang kepada beliau, bahawa jenazah itu adalah jenazah orang Yahudi." Maka sabda beliau, "Bukankah dia itu manusia juga?" |