Hadis Sahih Muslim No. 0682 Jilid 2 Topik adalah Solat 682. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku tidak pernah melihat Nabi saw. solat sunat Dhuha, sekali-kali tidak! Tetapi aku sentiasa mengerjakannya, sekalipun beliau tidak. Sesungguhnya beliau menyukai amal tersebut, tetapi beliau khuatir umat sentiasa mengamalkannya, lalu dianggap wajib." |