Hadis Sahih Bukhari No. 0679 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 679, Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Saad bin Ubadah sakit, Nabi saw. datang mengunjunginya bersama-sama dengan Abdurrahman bin 'Auf, Saad bin Abi Waqqash dan Abdullah bin Masud. Ketika Nabi tiba, ia sedang dikerumuni oleh keluarganya. Nabi bertanya, "Telah berpulang?" Jawab mereka, : Belum, Ya, Rasulullah!" Nabi saw. menangis; orang banyak pun menangis pula melihat beliau menangis. Lalu beliau bersabda, "Tidakkah kamu mendengar, bahawa Allah swt. tidak menyeksa kerana air mata dan tidak pula kerana hati yang duka; tetapi Allah menyeksa kerana ini (beliau menunjuk ke lidahnya) atau Allah mengasihi; sesungguhnya mayat itu diseksa kerana menatap tangis keluarganya. |