Hadis Sahih Bukhari No. 0677 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 677, Dari Anas r.a., katanya: "Putera Abu Thalhah sakit, dan menyebabkan dia meninggal dunia; sedangkan Abu Thalhah tidak di rumah ketika itu. Setelah isteri Abu Thalhah tahu bahawa puteranya telah meninggal dunia, maka dipindahkannya mayat anaknya itu ke tepi, kemudian disiapkannya makanan (untuk suaminya yang tidak lama lagi akan pulang). Ketika Abu Thalhah telah datang, ia bertanya, "Bagaimana halnya sakit anak kita?" Isterinya mula-mula diam saja. Kemudian ia menjawab, "Saya harapkan mudah-mudahan ia senang." Abu Thalhah mengira bahawa isterinya berkata sebenarnya, lalu ia pergi tidur. Paginya, sesudah ia mandi dan akan berangkat, barulah isterinya memberi tahukan bahawa puteranya telah meninggal dunia. Maka disolatkannya mayat anaknya itu bersama-sama dengan Rasulullah saw. dan diceritakannya kepada beliau peristiwa yang dialaminya tentang kematian anaknya itu. Rasulullah bersabda kepadanya, "Semoga Allah swt. memberi berkah kepada anda berdua pada malam itu." |