Hadis Sahih Muslim No. 0671 Jilid 2 Topik adalah Solat 671. Dari 'Abdullah bin Syaqjq r.a., katanya: "Pada suatu hari sesudah Asar, Ibnu 'Abbas memberikan pengajian di hadapan kami hingga terbenam matahari dan bintang-bintang sudah terbit. Lalu jemaah berteriak, "Solat! Solat!" Bahkan seorang lelaki Bani Tamim langsung berdiri ke hadapan Ibnu 'Abbas, beliau berkata, "Solat! Solat" Kata Ibnu 'Abbas, "Apakah engkau hendak mengajari ku tentang Sunnah Nabi, yang engkau belum tahu? Aku melihat Rasulullah saw. menjamak solat Zohor dan Asar, dan Maghrib dengan Isyak." Kata Abdullah bin Syaqiq, "Aku ragu kebenaran ucapan Ibnu 'Abbas itu. Kerana itu aku bertanya kepada Abu Hurairah. Ternyata Abu Hurairah membenarkan ucapan Ibnu 'Abbas itu." |