Hadis Sahih Bukhari No. 0670 Jilid 2 Topik adalah Jenazah 670, Dari Mughirah r.a., katanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta tentang hadisku, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka."Saya mendengar juga Rasulullah saw. bersabda: "Mayat yang diratapi, akan diseksa kerana ratapan itu." |